Monday, April 11, 2011

Gelisah..

Salam,
Bulan April datang lagi..macam biasala..bulan April sgt sinonim ngan borang EG-TUKAR..aku ni dah 6 kali memohon tuk berpindah sekolah(termasukla kali ni)..tp setakat ni langsung tak sangkut..aku ni rasa nak marah ada, nak nangis pun ada..yelah dr tahun 2006 aku mohon tak penah sangkut..mana la aku tak hampir jd gila..
aku bukan tak suka kat sekolah ni..tp aku dah start rasa penat duk ulang alik dr umah aku ke sekolah..bayangkan setiap ari aku kena spend masa hampir 4 jam berulang alik ke sabak bernam ni..mana tahan..dr segi ekonomi pun sama..aku habis kat rm 350 setiap bulan tuk duit minyak kereta..hmmm
Lagipun aku ni bercita2 tinggi..aku nak gak naik jd pengetua..kena la byk blajar dan byk pengalaman sebelum menjawat jawatan yang tinggi tu..kalau dah aku terperuk kat satu sekolah je caman aku nak blaja dan tambah pengalaman? entahla..sama2 la kita doa semoga aku berjaya juga pada permohonan kali ni..

No comments:

Post a Comment