Thursday, August 19, 2010

Laksa! oh, Laksa!

Hari ni hari yg ke sepuluh umat islam berpuasa..tahniah bg mereka yg berjaya menunaikan ibadah puasa tuk hari  yg ke sepuluh..bg mereka yg tewas(yg saje2 takmo puasa bukan disebabkan keuzuran )..jgn lupa ganti ye..hehe..

post kali ni nak citer pasal aku punye kegilaan pd satu dish yg aku rasa dah lama aku tak makan..LAKSA!! sebenonye kalau takat nak makan laksa,aku pun leh buat..tp laksa yg aku cari ni LAKSA ASAM yg aku kira kena cr kat restaurant yg aku penah makan..br dapat feel dia punye rasa..huhu..

misi aku bermula secara tiba2 bila aku terlihat gambar laksa dalam satu majalah masakan..dr situ aku mula teringat2 ttg kegilaan aku dan seorang rakan baik sebelum aku menceburkan diri dalam bidang pendidikan..nama restaurant yg bermain2 difikiranku tentula Laksa Shack.yg menawarkan pelbagai jenis laksa untuk dicuba..yg paling aku teringin mestila LAKSA ASAM..(even masa tgh tulis ni pun aku terliur teringatkan keenakan laksa tersebut..nyum..nyum..)

Aku mula berdiskusi dgn mr.hubby( sbb dia yg nak kena bawa aku p..hehe) dia bersetuju. Itupun setelah aku menyatakan bahawa keinginan ini telah lama aku pendam sejak sebelum aku melahirkan anak yg kedua..(patutla anak aku meliur je..). petang hari puasa yg ketujuh, mr.hubby mula merangka perjalanan agar kami sempat tiba ke destinasi sebelum waktu berbuka..malangnye angkara kesesakan lalulintas yg sangat teruk..maka keinginana itu sekali lagi terpaksa ku pendam..kami berbuka di rumah ibu mertua sahaja..

keesokan harinya, aku masih mahu meneruskan misi berbuka puasa di restaurant pilihanku itu..sekali lagi kami diuji apabila restaurant yg dituju telahpun ditutup..hati yg meradang membuatkan aku nekad tidak mahu menjamah makanan..hanya meneguk air tatkala mr.hubby sedang enak menjamah chicken grilled black peppernye di restaurant berhampiran rumah ibu mertua..

pada hari ketiga, beberapa sahabat mencadangkan sebuah restaurant yg mana LAKSA ASAM yg dihidangkan juga tidak kalah dgn laksa restaurant kegemaranku..maka misi diteruskan menuju ke PAKLI KOPITIAM..akhirnyeee..aku berjaya!!!

mmg tidak dinafikan sekiranya kita sabar mmg ada hadiah yg cukup lumayan menanti..aku mmg rasa seronok kerana makanan yg aku idamkan akhirnye dapat kujamah disamping juadah lain yg juga memikat seleraku..terima kasih kepada mr.hubby yg sudi melayan karenahku..I LOVE YOU!! (nnt kalau za teringin nak p mana2 lagi, sudi2 kan la bawak za ye..hehe)

No comments:

Post a Comment